Tuesday, July 27, 2010

INGIN JADI PENULIS BUKU PRIMA?

Adakah anda berbakat dalam bidang penulis? Kalau ada bakat, kenapa tidak dibukukan sahaja karya anda untuk tatapan pembaca? Jika anda mempunyai manuskrip yang telah siap tapi tidak tahu hendak dihantar ke mana, Buku Prima sedia menerima manuskrip anda.

Terdapat beberapa genre bacaan seperti buku kanak-kanak, novel awal remaja, novel dewasa dan buku umum. Setiap buku mempunyai kriteria penghantaran manuskrip yang berlainan.


Kriteria Manuskrip : Buku Kanak-kanak - Jumlah mukasurat hendaklah antara 4-5, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita manusia, tumbuhan ataupun haiwan.

Kriteria Manuskrip : Novel Awal Remaja - Jumlah mukasurat hendaklah antara 150-200, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 11@12, double spacing. Jalan cerita seharusnya berkonsepkan cerita yang memaparkan moral dan tauladan seperti cerita remaja yang berkaitan dengan persekolahan, ibu bapa, hobi, sukan, hiburan dan banyak lagi.

Kriteria Manuskrip : Novel Dewasa - Jumlah mukasurat hendaklah antara 450-650, kertas bersaiz A4, Times New Roman@Gill San, font size 10@12, double spacing. Anda boleh menulis apa sahaja cerita yang anda suka seperti kisah seram, adat resam, satira, percintaan, kisah masyarakat, tahyul, misteri, cereka sains, thriller, islamik, pengembaraan, komedi romantik, jenayah, dunia korporat, kepahlawanan dan banyak lagi. Yang pastinya, jalan cerita mestilah mantap, mempunyai nilai2 agama, bermesej, menarik dan bermoral.

Kriteria Manuskrip : Buku Umum - kepada yang ingin menerbitkan buku umum, anda perlu menghantar kertas cadangan beserta isi kandungan manuskrip tersebut. muka surat tidak terhad dan gaya penulisan tertakluk kepada anda sendiri. cuma, konsep buku tersebut perlu diperjelaskan lebih lanjut di dalam kertas cadangan. sertakan gambar jika perlu. antara cadangan buku yang boleh anda buat adalah seperti jahitan baju, kerjaya, resipi, sukan, hiburan, d.i.y, tanaman, motivasi, fesyen dan lain-lain.

Info tambahan

manuskrip anda mestilah yang asli dan tidak diciplak atau diterjemahkan dari mana-mana novel lain.
•kami berhak menolak manuskrip tersebut jika tidak bersesuaian.
•manuskrip yang dihantar perlu di dalam bentuk bercetak (hardcopy) dan anda juga perlu e-melkan ke prima@bukuprima.com.my.

Hantarkan manuskrip anda kepada:

BUKU PRIMA SDN BHD
Bilik 101 Tingkat 1,
Lot 7, Persiaran Selangor,
Seksyen 15, 40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.

03-55106636 03-55106636
03-55106637 03-55106637
prima@bukuprima.com.my

No comments:

Post a Comment

Name:
Email Address:
No. Telephone :
Alamat :
Produk yang ingin ditempah :
Bayaran

Get your own free form like this one.